Wednesday, June 29, 2011

SIFAT RIAK

Sifat riak adalah salah satu daripada sifat mazmumah yang perlu kita jauhi. Pengertian riak ialah melakukan sesuatu amalan dengan tujuan menunjuk-nunjuk.

Seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 264 yang bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman janganlah engkau rosakkan pahala amalan sedekah kamu dengan perkataan mengungkit-ungkit dan kelakuan yang menyakiti. Sesungguhnya orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Antara ciri-ciri sifat riak ialah : 
  • suka menyebut kejayaan dirinya 
  • suka menyebut kekayaan diri dan keturunannya 
  • suka menunjuk nunjuk amalan yang dilakukan 
  • suka mengungkit sedekah dan pemberian kepada orang lain
    Keburukan sifat riak :
    • Dibenci oleh ALLAH dan RASULnya
    • Dibenci oleh ibubapa, rakan dan masyarakatAmalan yang dilakukan menjadi sia-sia dan ditolak oleh ALLAH


        No comments:

        Post a Comment