Tuesday, July 5, 2011

SIFAT PEMARAH


Sifat marah membawa maksud mudah marah kepada seseorang yang bukan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Berkata Rasulullah S.A.W dalam sebuah Hadis yang di riwayatkan oleh Al-Baihaqi yang bermaksud : Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang sabar diantara kamu ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain pada hal ia berkuasa untuk membalasnya.


CARA MENGHINDARI SIFAT MARAH:
  • Beristiqfar
  • Berzikir kepada Allah
  • Bersifat sabar dalam segala  hal
  • Bersangka baik diantara satu sama lain


HIKMAH MENJAUHI SIFAT MARAH
  • Mendapat pahala
  • Mewujudkan keharmonian
  • Mengeratkan hubungan silatur rahim
  • Terhindar daripada penyakit kronik
  • Memiliki sifat tabah dan sabar


AMALKAN : Melatih diri bersifat tabah dan sabar dan tidak mudah  marah dalam apa-apa situasi pun.

Myspace Glitter Graphics - http://www.glittertextgraphics.com

SIFAT BAKHIL


Pengertian bakhil ialah menahan hak daripada di sumbangkan kepada jalan Allah. Bakhil juga membawa maksud kedekut ataupun tamak. Seperti firman Allah S.W.T dalam  Surah Al-Imran ayat 180 yang bermaksud : Dan jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta bendanya yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka atas dari kemurahannya, menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka, bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan di kalungkan (siksa dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak).

CIRI-CIRI SIFAT BAKHIL ialah :

  • Cintakan harta
  • Takut miskin  dan papa
  • Menyangka harta akan kekal
  • Menyangka harta punca bahagia

Dalam sebuah Hadis yang di riwayatkan oleh AI-Baihaqi dari Abi Hurairah (R) berkata, berkata  Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Sebakhil-bakhil manusia ialah orang yang bakhil dari memberi salam".

Amalkan : Banyakkanlah bersedekah untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Glitter Words